Photoshoot : Faiz Razak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat kawan2 di luar sana. Chewah. Kali ni aku nak wat surprise dgn entry baru! Entry baru ni aku nak fokus kepada photoshoot hasil dari idea aku sendiri (walaupun kekadang curi idea dari org lain), tapi takpelah.

Pembuka tirai bagi ruangan Photoshoot ini, aku perkenalkan, Faiz Razak! Dia adalah pemilik kepada blog “bilabunbicara”. Die gemuk, tapi die juga boleh menjadi seorang model yg berjaya jika gambar yg disampaikan itu mempunyai message yg boleh dijiwai oleh setiap manusia tatkala menilai sesuatu foto.

Ketenangan Flora

Duniaku

Hirupan Oksigen yang Menyegarkan

3 foto terpilih untuk diterbitkan sebagai portfolio rasmi Faiz Razak! Hehe, thanks to you sbb sanggup berkoloberasi mencetus idea fotografi sekaligus menambahkan skill aku! Tahniah!

Buat kawan2 yg lain, tak kira gemuk, kurus, tinggi, ketot, buruk mahupun cantik, with me, everyone can be a supermodel (ayat aku nak bajet bagus je)!

Advertisements
Posted in Photoshoot / Portfolio | 2 Comments

Gantung Diri di Selayang (3 & 4 Jun 2011)

Spotted! Blog ku akhirnya di hapdate! Sudah berbulan lamanya aku tidak menyentuh lantai sendiri (mane taknye, asyik sebok ngan hal org lain je). Okay, entry kali ini jatuh di bawah kategori baru yg baru aku cipta, “Gantung Diri di Luar” (hang yourself out). Entry ni lebih kurang je mcm kepunyaan teman bloggerku si Faiz Razak. Baiklah, aku dah nak start bercerita.

Pemergian aku ke kota Selayang ini sebenarnya tidak dirancang apabila aku menerima invitation dari kawanku untuk sama2 merempit ke sana. Huhu. Penat jugak lah sbb aku baru je balik kerja, terus rushing ke Kuala Lumpur menyelesaikan seperkara milik Faeiz. Nasib baik sempat sampai sebelum kedai tutup. Kami tiba di Selayang dalam jam 5:30pm dan terus beriadah (riadah ke?) di Taman Tasik Layang-layang (aku lupe le name rempat tu). Sambil beriadah, kami dihidangkan dgn juadah2 berkolestrol dan gossip2 XOXO disilang gelak tawa pemecah suasana.

Now, cerita aktiviti malam plak. Aku merancang untuk makan satay! Guess what? Tak jadi! Aku sentap sekejap dgn Bun! Takpe, think positive, barulah bleh mematangkan aku, chewah! Tetibe malam tu Faeiz terima panggilan dari Aziz yg berbunyi “destinasi malam ini adalah ke Carrefour Wangsa Maju”!

Inilah rupenye Carrefour di Wangsa Maju. Suasana nak nangis.

Yg pegi pada malam tu cume aku n Faeiz je. Raslah gedik taknak ikut, Aniq plak keje shift malam. Takpelah, yg penting Aziz nak bagi nasi ayam. Sampai je sane, baru tahu tembelang sebenar. Si Aziz tu rupenye nak pegi beli-belah kat Carrefour tu. Die nak beli almari kanvas itu. Pilih punye pilih, akhirnya tercapai jugak hasrat die. Sebelum pulang, tetiba plak Asrul call. Die cakap nak datang bawak Aizuddin & Raslah (motif? tadi bukan ko tak nak ikut ke?). Si Raslah ni katenye nak beli-belah jugak! Natang (sebut sambil menjerit)!

Aizuddin memeluk "anak-anak"!

Patrick pon ade gak.

Bende paling rare! Lego yang besar gedabak mcm ni dah lebih 15 tahun aku tak jumpe. Yang penting bungkusan, gambar rajah, reka bentuk die masih sama!

Ha, selepas selesai berbeli-belah, time untuk makan plak. Mcm biasa, McD Selayang jadi taruhan! Perutku yang kecil tetiba menjadi besar, sumbat segalnya bagaikan tak makan sebulan. Hahaha! Tetibe ade kejutan, Bun datang membawa perut yg kebuluran, hehe!

Saya Lapar! Hehehe!

Saya sudah kenyang. Ambillah makanan saya.

Setelah habis makan, maka kami semua pon pulang. Asrul terus pulang ke Shah Alam. Kat rumah plak, aku dan Aizuddin gigih memasang Aziz punye lemari, yg penting kecoh dan sampai nak bergaduh! Hahaha! Yg penting siap. Then kami buat bintang plak. Gigihnya sampai aku tertido. Kemudian time Aizuddin dah balik, terjaga semula, message, suruh patah balik, makan sushi.

Bangun je dari tido, bererti hari kedua di Selayang. Aku dikejutkan dgn gelak tawa rakan2 merialisasikan impian mereka. Aktiviti ini perlu dirahsiakan. Kemudian, aku dipaksa oleh bun untuk ke kedai Ice Blanded kegemarannya di Selayang ini. Aku tak tertarik dgn bende natang tu walaupun ianya agak sedap, tetapi aku tertarik dgn Pasaraya Giant yg menggunakan binaan klasik untuk menarik pengunjung membeli-belah. Aku dengar cerita Giant ni kite bleh berhutang. Benarkah? masih belum tahu kesahihannya lagi.

Binaan kayu yang jitu merialisasikan impian penduduk setempat untuk membeli-belah dgn jimat. Inilah Giant Selayang! Aku akan bertemu dgn kau suatu hari nanti.

Ala, malasnye nak tulis lagi… Pendekkan jelah cerita. Then kitorang Wangsa Walk. Aku sgt teruja sbb tak pernah pegi pon then binaan ruang legarnye yg condong turut menarik minat aku dan salute kepada si arkitek!

Cantik, bakal membuka Food Court tidak lama lagi.

Kat dalam bangunan ni, aku diperkenalkan oleh Bun dgn kedai ice blanded yg cool gile, diberi nama Each A Cup! Better than Coolblog, kedai ini menawarkan recipe sedutan yg hampir sama dgn pesaing yang lain, cuma aku just suka yang ini kerana penekanan warna jingga dan putih digunakan sebagai perias warna kedai berjaya menarik pandangan pengunjung untuk datang dan mencubanya! Bersyukurlah Faeiz ke tandas, kalau tidak aku tak pernak kenal pon dgn benda ini.

Each A Cup, Wangsa Walk, Wngsa Maju. Must try!

Menunggu habuan!

Jom sedut Oreo!

Cermin digunakan sebagai oenghias dinding agar ruangan kedai kelihatan lebih besar!

Gambar pilihan untuk diedit!

Okeh, habis cerita Wangsa Walk, berpatah semula ke Careefour. Skodeng Aziz tgh bekerja. Gigihnya, maklumlah, restorankan sentisa busy time weekends. Then bayar bil Maxis aku, lunch kat KFC, pulang.

Paparazzi Kecil sedang memaparazzi Aziz! Spotted!

Sampai je dekat rumah, tak sah kalau tak photoshoot. Nama pon Khair, photographer + freestyle model tak berbayar! Harus ade photoshoot. Tempatnye just dekat laman rumah je, I just love suasana kampung! Pic2nye akan diupload kemudian

Malam plak pegi makan satay, KLCC, ambil Syukri yg terkandas di jalanan akibat bas rosak, then pulang ke rumah Selayang.

Satay ni serius sedap! Orang yg jual die pon sangat peramah dan baik hati! Secucuk satay RM0.60. Maaf aku lupe name kedainye.

Pic ni sempat aku snap waktu pusing2 KL di malam hari. Maklumlah, aku kan kurang gemar ke Kuala Lumpur. Rasa batak gile time tgk KLCC waktu malam. Cantiknya!

Setelah semuanya selesai, aku terus pulang ke Shah Alam. Gigih gile merempit walaupun jam dah menunjukkan pukul 12:30am. Lantaklah, I just need my bed!

Posted in Gantung Diri di Luar | 6 Comments

She’ll Tell You Size Doesn’t Matter. She’s Lying! (Review of Carl’s Jr)

Hi semua! Entry kali ni mengisahkan kehidupan aku yang kuat membazir. Haha! Pusat pembaziran kali ini adalah di Sunway Pyramid bersama rakan bazir “Aizuddin” dan rakan jimat cermat “Faeiz” (jimat ke?). Aku ajak dorang kuar sebab teringin nak tonton filem Beastly. Ikuti kisah seterusnya…

Sunway Pyramid

Inilah ropenye Sunway Pyramid

Kisahnye mcm ni, si Faeiz ni yang start ajak pegi Sunway Pyramid sbb si Aizuddin ingin mengundang kami untuk merasa keenakkan burger Carl’s Jr. Kebetulan plak time tu aku free, then aku pon setuju lah nak join sbb aku nak tgk movie. Hehe. Kisah ni bermula jam 5:00pm, 16th April 2011. Sebelum kami bersua di sana, terdapat sedikit perselisihan faham antara aku dan si Aizuddin ni. Aku tak tahu sebenarnye salah sape? But alhamdulillah, aku dapat tangani masalah ini dgn berfikiran positif. Huhu…

Agak2 dalam pkl 6:00pm aku bertemu dgn mereka. Then, aku terus mendapatkan Peach sundae kat kiosk McD! Layan ice cream jap sambil menuju ke TGV. Seperti yang korang sume tahu, aku ni punyelah beria-ria nak tgk cerite Beastly. Tapi hampeh sbb cerite tu dah takde. So, dgn power positive thinking aku, aku pon mencadangkan untuk menonton filem komedi romantik Just Go With It!

Beastly

Beastly, kisah dongeng "Beauty & the Beast" diadaptasikan ke dalam dunia yang serba moden. Aku akan cari VCD ko nanti!

Just Go With It

Kisah "fake marriage" yg akhirnya bertukar menjadi realiti. MUST WATCH MOVIE!

Lepas dah beli ticket sume, kami pun meneruskan perjalanan ke Brand Outlet. Aku berniat sgt nak beli t-shirt sama untuk dipakai bersama-sama time hangout next time nanti. Lame gak menghabiskan masa kat situ. Akhirnya jumpe jugak. Yg penting kitorang 3 orang masuk dalam fitting room yang sama. Syok gak buat bende pelik, sesi fotografi dalam fitting room pon tercetus. Bile kuar je dari fitting room tersebut, semua org memandang sinis. Haha, pencetus kontroversi! Tapi mintak maaflah, gambar tu aku lupe amik la kat Faeiz, so tak dapat lah nak bubuh kat entry ni. Sigh… The good thing is, Faeiz dapat baju baru colour purple, instead of colour2 boring dalam wardrobe die. Remember, life is like a drawing paper. We are the one who decide the colour!

Now, tibalah masa menunaikan nafsu makan masing2. Carl’s Jr, here we come! Teruja gile nak cube makanan baru. Maklumlah, aku ni jakun sikit nak makan kat tempat baru! Lalalala. So, korang preview jelah photo2 kat bawah ni, hasil tangkapan my baby W900i (maaf, photo yang dihasilkan agak hambar).

Carl's Jr

Mereka menunggu habuan masing!

Carl's Jr

Habuan aku dah sampai!

Carl's Jr

Keenakkan burgernya!

Carl's Jr

The fries. Me super like them! Kentang goreng asli katanya.

Carl's Jr

Pelbagai pilihan minuman berkarbonat untuk dihirup!

Carl's Jr

Vevegie untuk pepara manusia yg verangan nak diet. Tomato Salsa die best sbb ade daun ketumbar! Cedok, jgn tak cedok!

Carl's Jr

Family ni enjoy makan kolestrol, brader kat blakang tu pon tak sabar nak tempah kolestrol untuk kegunaan badan. Bedal je!

Carl's Jr

Brader ni sempoi je melantak sesorang kat ceruk. Salute!

Carl's Jr

Mr. Salt & Pepper di samping hangging mobile yang cambest. Miss Tissue si perumah dgn armor paltinum yg futuristic!

Review aku pasal Carl’s Jr: (1) Burger yang besar. (2) Kentang yg besar dan sedap. (3) Air yang besar. Medium size Carl’s Jr bersamaan large size McD! (4) Environment restaurant yg bleh layan. (5) Harga affordable (sebenarnye mahal) but puas hati la. (6) Aku suke gile bekas tisu die. Nak rembat buat cenderahati, tapi berat pulak. Haha.

Aku teringin nak pegi skali lagi, sbb actually hari tu kitorang tak makan kat situ pon kerana nak mengejar movie. Masa dah suntuk. Terus ke panggung wayang.

Aku rase ni first time kitorang layan cite ber-genre komedi romantik sama-sama. Maklumlah, sebelum ni asyik nak layan cerite aksi, magis, fantasi, hantu, bunuh2. Dgn menonton filem ni, at least we can show to other people yg we all sume pon romantik gak, huhu. Habis je movie, kitorang terus cabut pulang ke rumah. I enjoy the day, even penat! Thanks korang!

Posted in Gantung Diri di Luar | 6 Comments

Bayang-bayang Nabi (by Kang Jaz)

Assalamualaikum dan hai buat semua pembaca Lantai. Entry kali ni aku petik daripada blog Encik Mamasteguh (shohiba-ukhibbuki.blogspot.com). Actually, ramai lagi blogger-blogger yang sudah pun menge”post” puisi ni di blog masing-masing, tapi aku still tak jumpe siapakah penulis puisi ini yang sebenarnya. Aku try search kat Google siape sebenarnye Kang Jaz tu, tapi semuanya tak berhasil (misteri sangat). Dorang mcm kumpulan puisi Islam yg sgt underground. BTW, aku dapat puisi ni pun daripada one of my Facebook friend yang aku rasa agak rapat gak la. His name is Azim. Okay lah, korang try lah hayati puisi di bawah ini.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin?
“Membela yang lemah dan membantu yang miskin” jawab Nabi

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama’?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
Yang membela orang-orang lemah” jawabnya

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
“Bersabarlah, dan tetaplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulama’mu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama’ yang hidupnya juhud dari harta”

Ya Rasulullah, pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama’ seperti itu sudah menghilang entah ke mana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama’-ulama’ yang tamak
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakkan mereka!
Apa yang harus aku lakukan? Ya RAsulullah
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia?

“Wahai ummatku…
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan isterimu sahaja
Kerana Allah menganjurkan, “Wa ‘asiruhunna bil ma’ruf”
Ikutilah fatwa hatimu
Kerana hadis mengatakan, “Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka”
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, “Kullulkum Ra’in, ea kullukum masulun ‘an ra’iyyatihi?”

Hah? sorry lah sebab bahasa Arab yang kat penghujung puisi ni aku tak faham. Tapi sedikit sebanyak puisi ni boleh membawa iktibar kepada diriku serta para pembaca yang lain tentang betapa dekatnya kita dengan hari penghitungan, hari pembalasan, hari kemusnahan dunia, yakni hari kiamat.

Dan aku mintak maaf pada si penulis, aku edit sikit bahasa dan kesalahan ayat supaya sesuai difahami oleh rakan-rakan senegaraku.

Posted in Floor of Life | Leave a comment

Hidupku Serabut!

Hai! Entry kali ini aku nak mengarut sikit sbb aku tgh serabut otak. Setiap hari ade je masalah yang melanda diri aku. Lepas satu, satu. Tapi takpe la. Sebelum aku nak hapdate blog ni, tadi aku terbukak pulak “bilabunbicara”. Haha, terharu aku ade peminat fanatik (verangan)! Tak kesah la, thanks tu sang penulis. Walaupun blog aku tak dapat sambutan sgt sbb maybe aku gune wordpress, tapi tak sangka bile aku check stats blog ni, masih ade je org yang still stalker. Thank you very much!

Masalah terbesar sekarang ialah aku buntu dalam hidup. Aku nak kuar jenjalan, tgk movie, tapi kawan2 sume busy la. So now aku byk habiskan masa online je. Itu pon dorang still tak reply msg2 aku. Nasib baik la ade lagi insan2 yang masih ingin melayan kerenah aku even dorang busy sekalipon. Mmg now aku rase sunyi sepi, terumbang ambing, tapi takpelah. Nak buat mcm mane, dah nasib badan.

Aku juge nak ucapkan trimas kepada kawan2 “atas talian” yang sudi mendengar masalah2 aku, perihal relationship aku. Memang betul, aku lebih selesa bercerita semua perkara dgn korang berbanding teman2 rapat aku sendiri. Sebab aku tahu pemikiran kita sama.

Lastly, untuk rakan2 yang sedang berjuang untuk final exam, good luck! Aku tetap rindu korang walaupun korang layan aku mcm sampah…

Posted in Floor of Life | Leave a comment

MakaMokhaMembebel! (Parody of BilaBunBicara)

Haha! Dah sebulan lebih aku tak hapdet blog ni. Sorry le kepada yang menunggu, aku busy gile dgn kerja sampaikan sebulan aku tak cuti. Now dah okay! Yeay! Dgn sejumlah pulangan yang aku dapat untuk bulan ini, mostly aku habiskan time shopping semalam. Memang berbaloi! But entry kali ni bukan pasal aku nak cite pasal shopping, tapi pasal kawan aku ni, nama die Muhamad Faiz Bin Razak aka Bun. Dielah penulis blog bagi bilabunbicara yang famous tu!

Aku cukup tertarik dgn entry terbaru die yg bertajuk S.A.H.A.B.A.T. Aku mmg slalu baca ape yang dihapdet oleh Encik Faiz ni. Die slalu bercakap ttg persahabatan. Nowadays ni mmg susah nak cari sahabat yang baik, yang sanggup susah senang bersama, mmg payah! Tapi masih ade diluar sane insan yang masih memahami erti persahabatan.

bilabunbicara.blogspot.com

Bagi aku, Bun mmg sahabat yang baik! Walaupun die kadang2 lupe ttg kewujudan aku (contoh), tapi die masih mampu meminta maaf akan kesilapannya. Aku juga sgt hormat pada die kerana bagi aku die sorang je yang bleh bagi nasihat pada aku dan mampu menghalang aku dari melakukan kesilapan. Mmg aku ni unstoppable, tapi Bun je yang mampu men-stop-kan aku dari buat kesilapan.

Part 3: Sepetang bersama Bun & Haji bersama ragbi dan keledek goreng!

Aku tahu korang sentiasa melihat wajah kegembiraan yang terukir kat muke die tu, wajah riang seperti hidup tanpa masalah. Akan tetapi, pernahkah korang semua tanye derita seseorang itu? Aku tahu, setiap kali die dalam masalah, die akan cube melarikan diri, jauh dari semua orang, menyendiri. Kadang2 aku tgk kesian jugak, bile senang kawan bersepah2 sampai tak muat tangki (tangki?), bile susah, takde sape pon nak ddk bersama. Tapi aku dah tak risau sgt sekarang, sebab aku tahu die ade kawan2 sewaktu susah dan senang. Aku juga tahu yang bun sekarang sudah pandai memilih kawan. Apa yang aku nak sekarang, biarlah kegembiraan yang terukir diwajahnya itu kegembiraan yang pasti, dan bukan kegembiraan untuk menyembunyikan kepedihan di hati. Aku juga mendoakan agar rakan2 yang lain agar berada dalam keadaan yang serupa.

Part 5: Kelas Eco. Aku ingin melihat kegembiraan die seperti ini sentiasa...

Ingatlah, sentiasa berlaku adil dalam persahabatan. Jangan bile susah je, baru terhegeh-hegeh nak cari kawan. Bile senang semua lupe diri. Semua ni aku dah banyak kali rase, tapi takpelah. Aku kan mmg baik, suke tolong orang (perasan)! Hehe…

Kepada rakan-rakanku, hayatilah makna tersirat perpatah Mokha ini: “Biarlah kita berlaku kejam dalam memilih kawan, sebelum kawan berlaku kejam pada kita”.

Posted in A Road to Love | 4 Comments

Polaroid Camera for Sell!

hello everyone! Entry kali ni bukan pasal aku nak pegi beli belah tetapi pasal aku nak beli-belahkan korang! Hahaha! Aku nak jual kamera yang dah lama terkubur kat bilik aku ni. Daripada aku buang, baik aku jual je. Ade gak hasilnya! Kamera ni elok lagi since aku tak penah pakai pon. Sebab utama kerana die punye filem mahal sgt la. Target market aku aku adalah kepada warga2 yang gemarkan barang2 antik, kamera ni boleh tambah koleksi korang!

Fujifilm Instax 200 Polaroid Camera

Cantik tak camera ni? Haha, dalam gambar sume bende pon cantik kan? Thanks to jiran sebelah sebab aku pinjam rumput korang since rumah aku takde rumput.

Di sini aku sediakan sekali tali dan buku panduan.

Korang rase aku nak jual berape eh? Ade cadangan tak? Semua orang tahu aku ni pemurah kan, jadi aku nak jua dalam RM369 boleh tak? Aku pilih nonbor ni sebab nombor2 ni selalu bermain dalam hidup aku. Contohnye no plat motor, no phone, no IC, no kad matrix. Haha! Jangan risau, harga boleh runding!

Kegedabakan "Fujifilm Instax 200"

Kalo korang nak tahu lebih lanjut pasal kamera polaroid ni, Google lah sendiri! Aku tak tahu sangat pasal function die sbb tak pernah gune pon. Kamera ni dapat pon sebab cabutan bertuah kat Nilai 3. Kalo berminat, sila hubungi saye, Mohd Khair Bin Mohd Hamzah di talian 014-8440893 ataupun boleh PM (perdana menteri ke?) aku di laman sesawang http://www.facebook.com/mokhaismail .

Note: Happy 1st month anniversary! Tetibe!

Posted in Shop Yourself | 2 Comments