Gantung Diri di Selayang (3 & 4 Jun 2011)

Spotted! Blog ku akhirnya di hapdate! Sudah berbulan lamanya aku tidak menyentuh lantai sendiri (mane taknye, asyik sebok ngan hal org lain je). Okay, entry kali ini jatuh di bawah kategori baru yg baru aku cipta, “Gantung Diri di Luar” (hang yourself out). Entry ni lebih kurang je mcm kepunyaan teman bloggerku si Faiz Razak. Baiklah, aku dah nak start bercerita.

Pemergian aku ke kota Selayang ini sebenarnya tidak dirancang apabila aku menerima invitation dari kawanku untuk sama2 merempit ke sana. Huhu. Penat jugak lah sbb aku baru je balik kerja, terus rushing ke Kuala Lumpur menyelesaikan seperkara milik Faeiz. Nasib baik sempat sampai sebelum kedai tutup. Kami tiba di Selayang dalam jam 5:30pm dan terus beriadah (riadah ke?) di Taman Tasik Layang-layang (aku lupe le name rempat tu). Sambil beriadah, kami dihidangkan dgn juadah2 berkolestrol dan gossip2 XOXO disilang gelak tawa pemecah suasana.

Now, cerita aktiviti malam plak. Aku merancang untuk makan satay! Guess what? Tak jadi! Aku sentap sekejap dgn Bun! Takpe, think positive, barulah bleh mematangkan aku, chewah! Tetibe malam tu Faeiz terima panggilan dari Aziz yg berbunyi “destinasi malam ini adalah ke Carrefour Wangsa Maju”!

Inilah rupenye Carrefour di Wangsa Maju. Suasana nak nangis.

Yg pegi pada malam tu cume aku n Faeiz je. Raslah gedik taknak ikut, Aniq plak keje shift malam. Takpelah, yg penting Aziz nak bagi nasi ayam. Sampai je sane, baru tahu tembelang sebenar. Si Aziz tu rupenye nak pegi beli-belah kat Carrefour tu. Die nak beli almari kanvas itu. Pilih punye pilih, akhirnya tercapai jugak hasrat die. Sebelum pulang, tetiba plak Asrul call. Die cakap nak datang bawak Aizuddin & Raslah (motif? tadi bukan ko tak nak ikut ke?). Si Raslah ni katenye nak beli-belah jugak! Natang (sebut sambil menjerit)!

Aizuddin memeluk "anak-anak"!

Patrick pon ade gak.

Bende paling rare! Lego yang besar gedabak mcm ni dah lebih 15 tahun aku tak jumpe. Yang penting bungkusan, gambar rajah, reka bentuk die masih sama!

Ha, selepas selesai berbeli-belah, time untuk makan plak. Mcm biasa, McD Selayang jadi taruhan! Perutku yang kecil tetiba menjadi besar, sumbat segalnya bagaikan tak makan sebulan. Hahaha! Tetibe ade kejutan, Bun datang membawa perut yg kebuluran, hehe!

Saya Lapar! Hehehe!

Saya sudah kenyang. Ambillah makanan saya.

Setelah habis makan, maka kami semua pon pulang. Asrul terus pulang ke Shah Alam. Kat rumah plak, aku dan Aizuddin gigih memasang Aziz punye lemari, yg penting kecoh dan sampai nak bergaduh! Hahaha! Yg penting siap. Then kami buat bintang plak. Gigihnya sampai aku tertido. Kemudian time Aizuddin dah balik, terjaga semula, message, suruh patah balik, makan sushi.

Bangun je dari tido, bererti hari kedua di Selayang. Aku dikejutkan dgn gelak tawa rakan2 merialisasikan impian mereka. Aktiviti ini perlu dirahsiakan. Kemudian, aku dipaksa oleh bun untuk ke kedai Ice Blanded kegemarannya di Selayang ini. Aku tak tertarik dgn bende natang tu walaupun ianya agak sedap, tetapi aku tertarik dgn Pasaraya Giant yg menggunakan binaan klasik untuk menarik pengunjung membeli-belah. Aku dengar cerita Giant ni kite bleh berhutang. Benarkah? masih belum tahu kesahihannya lagi.

Binaan kayu yang jitu merialisasikan impian penduduk setempat untuk membeli-belah dgn jimat. Inilah Giant Selayang! Aku akan bertemu dgn kau suatu hari nanti.

Ala, malasnye nak tulis lagi… Pendekkan jelah cerita. Then kitorang Wangsa Walk. Aku sgt teruja sbb tak pernah pegi pon then binaan ruang legarnye yg condong turut menarik minat aku dan salute kepada si arkitek!

Cantik, bakal membuka Food Court tidak lama lagi.

Kat dalam bangunan ni, aku diperkenalkan oleh Bun dgn kedai ice blanded yg cool gile, diberi nama Each A Cup! Better than Coolblog, kedai ini menawarkan recipe sedutan yg hampir sama dgn pesaing yang lain, cuma aku just suka yang ini kerana penekanan warna jingga dan putih digunakan sebagai perias warna kedai berjaya menarik pandangan pengunjung untuk datang dan mencubanya! Bersyukurlah Faeiz ke tandas, kalau tidak aku tak pernak kenal pon dgn benda ini.

Each A Cup, Wangsa Walk, Wngsa Maju. Must try!

Menunggu habuan!

Jom sedut Oreo!

Cermin digunakan sebagai oenghias dinding agar ruangan kedai kelihatan lebih besar!

Gambar pilihan untuk diedit!

Okeh, habis cerita Wangsa Walk, berpatah semula ke Careefour. Skodeng Aziz tgh bekerja. Gigihnya, maklumlah, restorankan sentisa busy time weekends. Then bayar bil Maxis aku, lunch kat KFC, pulang.

Paparazzi Kecil sedang memaparazzi Aziz! Spotted!

Sampai je dekat rumah, tak sah kalau tak photoshoot. Nama pon Khair, photographer + freestyle model tak berbayar! Harus ade photoshoot. Tempatnye just dekat laman rumah je, I just love suasana kampung! Pic2nye akan diupload kemudian

Malam plak pegi makan satay, KLCC, ambil Syukri yg terkandas di jalanan akibat bas rosak, then pulang ke rumah Selayang.

Satay ni serius sedap! Orang yg jual die pon sangat peramah dan baik hati! Secucuk satay RM0.60. Maaf aku lupe name kedainye.

Pic ni sempat aku snap waktu pusing2 KL di malam hari. Maklumlah, aku kan kurang gemar ke Kuala Lumpur. Rasa batak gile time tgk KLCC waktu malam. Cantiknya!

Setelah semuanya selesai, aku terus pulang ke Shah Alam. Gigih gile merempit walaupun jam dah menunjukkan pukul 12:30am. Lantaklah, I just need my bed!

About Mokha Ismail

Nothing to write. Still undiscovered!
This entry was posted in Gantung Diri di Luar. Bookmark the permalink.

6 Responses to Gantung Diri di Selayang (3 & 4 Jun 2011)

  1. aniQ says:

    aku sukaaa yg ni,haha!!! kaer, cpat upload gmbr kt tman layang-layang tu..nnti tag aku eh!😉

    • Mokha Ismail says:

      aniq, aku tak amik la pic2 kat taman tu, kat phone kecik ade la…
      tapi nanti aku upload video cici kene mandi

  2. mell canteq says:

    kewl seh!! gmbar bun sgt lawak n gmbar aniq yg kau edit tuh handsome!! btw aku nk jgk rase air pesaing kewl blog tuh!!! and that giant look awesome! bwk aku pls..huhu ;))

    • Mokha Ismail says:

      haha, gambar bun tu idea aku aka photographer gile, aku just suke ice blanded tu sbb die tak letak bubble mcm coolblog, n giant tu dekat je dg rumah mira, tapi aku tak masuk lagi..
      btw, depan giant tu ade kedai ice blanded gak…

  3. gempak la…bnyak btoi rancangan…lain kali nak follow bole??..

    hahahahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s