She’ll Tell You Size Doesn’t Matter. She’s Lying! (Review of Carl’s Jr)

Hi semua! Entry kali ni mengisahkan kehidupan aku yang kuat membazir. Haha! Pusat pembaziran kali ini adalah di Sunway Pyramid bersama rakan bazir “Aizuddin” dan rakan jimat cermat “Faeiz” (jimat ke?). Aku ajak dorang kuar sebab teringin nak tonton filem Beastly. Ikuti kisah seterusnya…

Sunway Pyramid

Inilah ropenye Sunway Pyramid

Kisahnye mcm ni, si Faeiz ni yang start ajak pegi Sunway Pyramid sbb si Aizuddin ingin mengundang kami untuk merasa keenakkan burger Carl’s Jr. Kebetulan plak time tu aku free, then aku pon setuju lah nak join sbb aku nak tgk movie. Hehe. Kisah ni bermula jam 5:00pm, 16th April 2011. Sebelum kami bersua di sana, terdapat sedikit perselisihan faham antara aku dan si Aizuddin ni. Aku tak tahu sebenarnye salah sape? But alhamdulillah, aku dapat tangani masalah ini dgn berfikiran positif. Huhu…

Agak2 dalam pkl 6:00pm aku bertemu dgn mereka. Then, aku terus mendapatkan Peach sundae kat kiosk McD! Layan ice cream jap sambil menuju ke TGV. Seperti yang korang sume tahu, aku ni punyelah beria-ria nak tgk cerite Beastly. Tapi hampeh sbb cerite tu dah takde. So, dgn power positive thinking aku, aku pon mencadangkan untuk menonton filem komedi romantik Just Go With It!

Beastly

Beastly, kisah dongeng "Beauty & the Beast" diadaptasikan ke dalam dunia yang serba moden. Aku akan cari VCD ko nanti!

Just Go With It

Kisah "fake marriage" yg akhirnya bertukar menjadi realiti. MUST WATCH MOVIE!

Lepas dah beli ticket sume, kami pun meneruskan perjalanan ke Brand Outlet. Aku berniat sgt nak beli t-shirt sama untuk dipakai bersama-sama time hangout next time nanti. Lame gak menghabiskan masa kat situ. Akhirnya jumpe jugak. Yg penting kitorang 3 orang masuk dalam fitting room yang sama. Syok gak buat bende pelik, sesi fotografi dalam fitting room pon tercetus. Bile kuar je dari fitting room tersebut, semua org memandang sinis. Haha, pencetus kontroversi! Tapi mintak maaflah, gambar tu aku lupe amik la kat Faeiz, so tak dapat lah nak bubuh kat entry ni. Sigh… The good thing is, Faeiz dapat baju baru colour purple, instead of colour2 boring dalam wardrobe die. Remember, life is like a drawing paper. We are the one who decide the colour!

Now, tibalah masa menunaikan nafsu makan masing2. Carl’s Jr, here we come! Teruja gile nak cube makanan baru. Maklumlah, aku ni jakun sikit nak makan kat tempat baru! Lalalala. So, korang preview jelah photo2 kat bawah ni, hasil tangkapan my baby W900i (maaf, photo yang dihasilkan agak hambar).

Carl's Jr

Mereka menunggu habuan masing!

Carl's Jr

Habuan aku dah sampai!

Carl's Jr

Keenakkan burgernya!

Carl's Jr

The fries. Me super like them! Kentang goreng asli katanya.

Carl's Jr

Pelbagai pilihan minuman berkarbonat untuk dihirup!

Carl's Jr

Vevegie untuk pepara manusia yg verangan nak diet. Tomato Salsa die best sbb ade daun ketumbar! Cedok, jgn tak cedok!

Carl's Jr

Family ni enjoy makan kolestrol, brader kat blakang tu pon tak sabar nak tempah kolestrol untuk kegunaan badan. Bedal je!

Carl's Jr

Brader ni sempoi je melantak sesorang kat ceruk. Salute!

Carl's Jr

Mr. Salt & Pepper di samping hangging mobile yang cambest. Miss Tissue si perumah dgn armor paltinum yg futuristic!

Review aku pasal Carl’s Jr: (1) Burger yang besar. (2) Kentang yg besar dan sedap. (3) Air yang besar. Medium size Carl’s Jr bersamaan large size McD! (4) Environment restaurant yg bleh layan. (5) Harga affordable (sebenarnye mahal) but puas hati la. (6) Aku suke gile bekas tisu die. Nak rembat buat cenderahati, tapi berat pulak. Haha.

Aku teringin nak pegi skali lagi, sbb actually hari tu kitorang tak makan kat situ pon kerana nak mengejar movie. Masa dah suntuk. Terus ke panggung wayang.

Aku rase ni first time kitorang layan cite ber-genre komedi romantik sama-sama. Maklumlah, sebelum ni asyik nak layan cerite aksi, magis, fantasi, hantu, bunuh2. Dgn menonton filem ni, at least we can show to other people yg we all sume pon romantik gak, huhu. Habis je movie, kitorang terus cabut pulang ke rumah. I enjoy the day, even penat! Thanks korang!

About Mokha Ismail

Nothing to write. Still undiscovered!
This entry was posted in Gantung Diri di Luar. Bookmark the permalink.

6 Responses to She’ll Tell You Size Doesn’t Matter. She’s Lying! (Review of Carl’s Jr)

  1. melly vogue says:

    cool nyer..xpenah mkn pon..okey,lpas nih dh tau nak mkn kat mane…dapnye!!

  2. mr petit says:

    wardrobe aku ade aura ungu skrg…hahaha…nice review..like it…❤

  3. jealousnya!!!…huh…g bukan nak ajak..sedih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s