Is April 2013!

Assalamualaikum semua! Lama gile aku tak update blog. Biaselah, org dah serius ngan kerje, chewah.

Dah bertahun x update. Idea mencurah2 tapi x tahu nak cerita yg mana.

Ok lah sume, lain kali jumpe lagi k. Maybe i will close this blog kot. Kakaka. Chau…

Posted in Floor of Life | Leave a comment

September

As Salam semua pembaca… Yes, bertemu juga kita kali ini di penghujung September. Huhuhu. Apa khabar? Harap pembaca semua berada dalam keadaan yg sihat.

Aku just nak share sikit je tentang how’s my Spetember. Bulan ni aku dah start kerja di sebuah syarikat yg tersohor di negara ini. Ceh, aku keje kat Pos Malaysia la. Since kerja ni jawatan tetap, so I need to get serious with it. Dah xleh main2 mcm keje kontrak dulu.

Well, today first day aku handle kaunter with full of my responsibility. Quite good, pengurus pon puji (bangga ni) walaupun aku still kelam, hahaha! Cume lepas ni kene hafal kod yg beratus-ratus tu. Aku yakin aku leh buat!

Btw, I think I’m gonna be great there since I’ve got a nice manager n staff yg baik. Lagi pon kami bertiga je kat dalam pejabat pos tu, rasa mcm drama carekarama or akasia mungkin akan jarang2 berlaku.

Walaupun tempat kerja aku amat jauh dari rumah, namun aku happy di sini. Tapi actually tgh terkial-kial cari bilik sewa, tak tau la bile nak dapat. Tak larat weyh…

Ok le, aku harap aku dapat melaksanakan tanggungjawab ngan baik n amanah pada syarikat. Turut berdoa di sini agar perut yg kene potong ni kembali pulih. Amin…

Posted in Floor of Life | Tagged | Leave a comment

Solat Tarawih “COOL”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa khabar sume? Aku tahu korang sume tgh tak betul sbb org tak betul je baca blog aku ni. Hehehe…

Kali ini Khai nak cerita sikit pasal 1st time Khai solat terawih setelah lebih 10 tahun Khai tak mengerjakan ibadah tersebut. Malam ni pula pertama kali pintu hati Khai terbuka untuk ke masjid. Alhamdulillah, semuanya okay. Khai berjaya menyudahkan solat sunat tarawih walaupun sekadar 8 rakaat.

Bile 1st time Khai tgk masjid tu, teringat arwah ayah. Dah banyak pengorbanan yg dia lakukan untuk membangunkan masjid tu. Rasa terharu pula. Eh, tak payah la sedih2, poyo je aku ni! Dah la sebelum pegi masjid, Khai siap tanya lagi kat mak, macam mana niat solat tarawih. Hahaha, macam budak2 la aku ni. BTW, ni Khai nak share niat solat tarawih ngan pembaca2 semua. Niatnya begini,

Niat Solat Tarawih

Niat Solat Tarawih

Ta-daa! Sekarang korang dah boleh solat ke? Belom lagi, kene blaja gak cara solat die, ingat sume tu boleh buat membuta tuli je ke! Actually solat sunat tarawih ni lebih kurang mcm solat biasa je. Cume ade lain sikit la since Khai ade terbaca blog org lain tadi. Korang leh check link ini: “http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/08/niat-solat-tarawih-dan-cara-melakukan.html”

HUHU, pemalas kan aku. Sumenye copy paste dari blog org, bleh kene saman ni! Khai pon tak sangka Khai buat begitu. Opss, I did it again! Dan buat pertama kalinye Khai menulis 2 entry kurang dari tempoh 24jam. Bangga gile!

BTW, seronok la. So excited! Solat tarawih and everything. Lepas ni bayar zakat pulak! Cool! Khai gak nak bagi tahu, selipar khai kene curi lah kat masjid. Rasa sedih gak sebab Khai kene balik rumah berkaki ayam. Nasib baik rumah Khai dekat je. So esok pakai selipar buruk2 je ye…

 

Posted in Floor of Life | Leave a comment

Seruan Ramadhan!

Assalamualaikum sume dan salam 1Malaysia saya ucapkan…. Lama gile aku menyepi dari membeloging kat sini. Hope korang sume sihat! Sorry la, wa dah jatuh miskin sekarang, internet pon takde kat rumah. Ok lah, dah lari dari tajuk sebenar.

BULAN RAMADHAN DAH TIBA! Ayuhlah umat Islam sekalian alam menunaikan rukun islam yang ketiga ini! Ala, puasa je, small matter. Sebenarnye puasa ni mmg mudah, tak susah pon. Yang bukan Islam pon leh cube puasa. Kalo nak puasa, kene tahu niat die dulu.

“Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan pusa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat . Puasa juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadhan.” (rujukan: http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/pengertian-puasa.html)

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-‘Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

  1. Puasanya orang awam (shaum al-‘umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa ‘hati nurani’, iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada. (rujukan: http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/pengertian-puasa.html)

Niat Puasa

Niat Puasa

Okay, adik2 sume dat tau kan macam mana nak niat kn? So, puasa je lah…. Tapi ingat, bile kite berpuasa, sume kene jaga. Jangan nak puasa membuta tuli je. Kepada pokcik2 mokcik2, habang2 dan hakak2, jangan jadikan alasan bile puasa kite tak boleh buat hitu hini. Jangan bile nak kerja je, alasan letih tu dikeluarkan dari mulut tempayan korang.

Akhir kata, berpuasa lah kamu sebelum kamu dipuasakan. Sebab bile dah mati, korang puasa lah sorang2 tak makan ape2 langsung. kat dunia ni sekurang-kuranggnye korang still ade time untuk berbuka. Alhamdulillah, tahun ni dapat gak berpuasa dan berbuka bersama keluarga, walaupun dah kurang seorang.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAH!

Posted in Floor of Life | Leave a comment

Kehidupan Aku di Bulan April

Hi, Mokha kembali lagi setelah berbulan-bulan menyepi. Aku dah jarang nak update blog semenjak laptop aku rosak. Kehidupan aku agak membosankan dan sentiasa moody. Aku baru je kehilangan abah bulan lepas, tapi aku harus meneruskan kehidupan. Aku maybe sakit dan aku takutkan hospital.

Kesudahannya aku hanya terperap kat rumah, BBM sentiasa dgn orang yang tidak dikenali, watching DVD, itu sahaja kerjanya.

Aku berharap agar bulan Mei will be exciting since I will involve to a dream of climbing mountain! Hahahahaha! Insyaallah, Gunung Kinabalu, aku akan daki kamu!

“Life is a climb, but the view is great!”
-Hannah Montana the Movie-

Posted in Floor of Life | Leave a comment

Coretan Buat Ramadhan

H1 semua! Lame gile aku tak update blog ni. Dah tak tahu ape nak jadi. Tapi takpelah, akhirnya aku muncul kembali. Yaey! (tepuk tangan sikit). Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu semula dgn bulan Ramadhan, bulan yang menjadikan aku insan yg lebih kuat dari segi menahan nafsu dan segalanya. Ok le, kat bawah ni ade coretan merepek sikit. Hopes korang enjoy, dan mintak maaf sebab tatabahasa aku banyak gile kesalahan…

CORETAN BUAT RAMADHAN

“Mengimbau kembali kisah dahulu, selama sebulan aku berpuasa tanpa keluarga di sisi. Tapi apakan daya, perjuangan aku untuk menimba ilmu dapur harus kuturuti. Ia juga mendidik aku supaya menjadi insan yg cekal dan tabah menghadapi dugaan. Tidak kusangka, tiada setitik pun air mata yang mengalir kerana kerinduan.”

“Pada tahun ini, keluargaku ada di sisi. Walaupun rakan-rakan semakin hari semakin menjauhkan diri dariku, namun apakan daya, itu kehendak mereka. Aku berharap agar Ramadhan pada tahun ini mampu memberikan kenangan manis buatku seperti yangg sebelumnya. Tidak sedikit pun terlintas di pemikiranku agar kuhilangi sesiapa, kerana aku ingin bersama sehingga Ramadhan yang terakhir.”

“Ya Allah, insanmu ini merayu agar dijauhkan dari dosa, kerana kutahu Ramadhan sahaja yang mampu menghalang aku dari terus terpesong jauh. Terima kasih Ramadhan, tidak salah kau dipuji dengan kemuliaan. Daku berharap agar engkau dipertemukan lagi kelak, insyaallah.”

~wassalam~

Posted in Floor of Life | 4 Comments

Review of Xperia X10 Mini Pro!

Alhamdulillah! Akhirnya aku berjaya jugak merasa menggunakan sistem peranti Android yg semakin popular kini. Yg paling bestnye, buat pertama kalinya aku meng-update blog menggunakan sistem selular! Canggih dowh teknologi sekarang, jakun gile aku!

Aku juga turut bersyukur kerana buat masa ini, phone ini tidak mengundang masalah2 besar yg bleh buat aku berang. Cuma beberapa hari lepas je natang ni buat masalah tak leh terima message. Aku dah mula naik sedih dah sbb si dia tak message aku pon. Nasib baik la lepas tu dah ok, terus hilang rase sedih.

Buat teman2 semua, aku menggunakan phone Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro sekarang. Bukannye nak berlagak or menunjuk2, tapi just nak share je tentang produk ni. Mane tahu korang berminat ke, bleh beli gak since harga die pon berpatutan. Aku beli phone ni pon sebab kecewa dengan Satio yg aku hantar repair kat kedai tak siap2! Natang!

Xperia X10 Mini Pro. Comel tak?

Kelebihan:

*OS Android 1.6 (Donut) (boleh upgrade ke Gingerbread)

*Boleh download pelbagai aplikasi-aplikasi menarik via Android Market secara percuma mahupon berbayar

*QWERTY Keyboard sesuai untuk menaip message dgn lebih pantas

*Aplikasi laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Tagged, Youtube turut ditawarkan

*Video dan audio playback yg sangat pantas tanpa sangkut-sangkut

*Sangat seronok ketika ber-chatting bersama teman-teman di Facebook

Kehanjingan:

*Speaker yg kurang memberangsangkan

*Kamera 5 megapixel hanya menawarkan fungsi-fungsi asas

*Perlu logout Facebook sekiranya anda tidak menggunakannya (kalau tidak kredit anda akan ditolak)

*Tidak menawarkan aplikasi video call

*Tidak menawarkan paparah HD

Itu sahaja kot yg aku nak komen pasal phone ni. Buat peminat2 phone Sony Ericsson, syarikat ini baru je melancarkan beberapa produk baru yg cambest seperti Xperia Play (gabungan phone dan PSP), Xperia Mini Pro (advance from Xperia X10 Mini Pro) dan latest Xperia Active. Ketiga-tiga produk ni sangatlah high tech, tunggu aku jadi arkitek baru bleh beli, haha!

Xperia Play

Xperia Mini Pro

Xperia Active

Gambar2 di atas adalah diambil originally dari laman sesawang rasmi Sony Ericsson “www.sonyericsson.com”. Layarilah ia sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk2 di atas.

Ok le, sampai di sini sahaja. Tak sabar nak panjat Batu Caves Khamis ini. Bye…

Posted in Shop Yourself | 8 Comments