Shopping at Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang

Hi sume! Entry kali ni agak menarik (menarik ke?) sebab this is the first time that I will write about how I spend my money when I go out shopping. Dari pagi sampai ke malam aku mengeluarkan duit. Pagi shopping online beli contact lens, petang pg Jusco, dan malam pulak Uptown Shah Alam. But entry kali ni aku nak fokus dan ingin memperkenalkan Mall yang paling meletopz kat Klang iaitu Jaya Jusco Bukit Tinggi. Located at Klang, Mall ni mengambil masa kurang dari 5 minit perjalanan from Hospital Tengku Ampuan Rahimah (tempat aku dilahirkan). Kecepatan or kelambatan bergantung pada kesesakan lalu lintas.

Inilah rupenye Jaya Jusco Bukit Tinggi. Agak besar jugak la.

Setibenye kami di sane (lupe plak nak bagi tau yang aku pegi dgn kakak aku), mission pertama kami ialah berjalan tanpa hala tuju, tengok keadaan sekeliling, dan berhenti kat kedai mane yang kami suke. Ternyata, kat sini banyak jugak kedai2 menarik yang boleh dikunjungi, panggung wayang pon ade. Dari yang branded hinggalah ke budget, rasenye sume ade kot. Yang penting, parking lots kat sini jauh lebih banyak berbanding Jaya Jusco Bukit Raja.

Misi aku bershopping hari ini bukanlah mencari sehelai baju, tetapi untuk mencari barang2 yang boleh menyedapkan hati, hehe (sebenarnye takde tujuaan pon, saje je nak membazir duit). Tapi memang sah kali ni aku kuar takmau beli baju! Seronok gak la shopping tgh2 bulan mcm ni sbb tak ramai orang. Okay, jom jalan (ayat trademark Jalan-jalan Cari Makan).

Kaca mata 3D khas yang digunakan untuk menonton TV canggih.

Waktu kami berjalan2 tanpa hala tuju, tetibe kakak aku tertarik dgn sejenis television yang gempak sbb bleh tgk secara 3D. Agak menarik, tapi tak tau berape ribu tahun lagi aku bleh beli. Aku pon agak teruja sebenarnye dengan teknologi tersebut.

Album Speak Now (saye nak US edition!)

Seterusnye kami bergerak ke kedai yang seterusnye iaitu Speedy. Aku memang, kalo pg shopping mall mane2 tak singgah kedai CD, memang tak sah! Aku sebenarnye still lagi mencari album Speak Now by Taylor Swift (walaupun dah download from the internet), but ape yang aku jumpe hanyalah Malaysia Edition. Hampeh! Aku tak nak beli yang itu! But ape yang peliknye aku telah membeli DVD cerite Magika kat speedy tu. Well, I nak support cerita Malaysia. MALAYSIA BOLEH!

Kemudian, kami bergerak ke kedai buku Popular. Kat sane aku just nak cari komik untuk dibaca pada waktu lapang. Since kawan2 sume busy dgn study, so aku terpakse lah cari hobi lain. Aku beli 2 buah komik kerana ceritanya bersambung. Tapi tak tau nak bace bile sebab komik yang lame pon aku baru bace separuh. Dah la cerita Yu-Gi-Oh pon aku baru tgk sampai episode 14, ade lagi 210 episode lagi.

Antara "flip-flop" menarik yag dijual. Tapi korang jangan risau, bende2 ni kat uptown Shah Alam pon ade. Tak payah nak pegi jauh2.

Sekarang ni nak pegi timbang berat pulak. Mesin penimbang berat kat sini agak menarik sebab die akan timbang berat, tinggi, dan tekanan darah kite sekali. Hanya RM1 sahaja. Berbaloi gak la sbb berat aku semakin hari semakin turun, hehe. Bile giliran kakak aku menimbang, aku sempat ke stall selipar Jepon yang terletak 5 meter berhampiran. Selipar2 kat sini agak menarik, dan aku rase harganye berpatutan. Aku terbazir duit plak kat sini sebab aku terjumpe selipar yang menarik. Beli je lah, walaupun yang lama masih elok. Duit kuar mcm air.

Yang belah kiri tu comel dan design die stylo!

Now, jom masuk Jusco pulak. First sekali kitorang masuk sebab kononnye nak beli peti sejuk baru semperna anniversary parents kitorang. memang lah yang lame masih elok, tapi mcm dah loaded sgt dgn stock makanan sampaikan tak muat. Kitorang just servey harga je dulu. So, now kene simpan duitlah demi peti sejuk. But bile fikir balik, daripada aku beli phone yang kecil, lebih baik aku beli peti sejuk yang jauh lebih besar. Haha! Then aku pegi pulak kat ruangan home deco, sekali terjumpe pulak pasu kecik yang comel. Memikirkan pokok kesayangan aku yang aku beli kat Cameron memerlukan pasu, aku terus membelinya tanpa berfikir panjang. Ade discount 20% lagi. So harga die RM7.90 je. Sekarang baru lah meletupz sikit pokok tu, tak macam dulu yang hanya berumahkan pasu plastik.

Sebelum pulang, kami sempat jugak singgah ke Brands Outlet, saje nak tengok2 ape yang patut. Sekali aku terjumpe hat yang agak menarik. RM19.90 je. Cube teka aku beli ke tak? Jawapannye tidak sebab aku tgk material yang digunakan untuk menghasilkannye tidaklah terlalu berkualiti tinggi. Lembik aje. kalo tengok design, mmg dah cantik dah. Tapi bile fikir balik, takpelah, Nanti aku cari je kat tempat lain.

Sumenye terdapat di Brands Outlet!

Sebelum pulang, masanye untuk perut pulak. So kitorang carilah makanan dalam Jusco tu. Name pon budget shopping kan? So tak payah membazir duit nak makan fast food, bukannye berkhasiat pon (konon)! Masuk je kat dalam Jusco tu, aku terlalu kat fruits department dan aku ternampak buah favourite aku, buah Peach! Seriusly aku tak penah nampak buah Peach yang sebijik seketul depan mate aku. Biasenye aku nampak yang dalam tin je. Batak gile aku time tu! Beside that Peach, ade plak buah Plum, yang ni pon aku jakun gak sebab tak pernah nampak lagi. Walaupun bateri phone dah habis ni, sanggup aku pinjam bateri kakak aku sebab nak snap pic untuk tatapan korang sume (sekali lagi aku feeling2 yang ade seribu orang yang bace blog aku).

Buah Peach! Terbaik dari ladang!

Buah Plum! Terbaik dari ladang jugak!

But tujuan aku bukan nak beli buah, tetapi nak beli makanan favourite aku, Sushi! Kakak aku plak sibuk dengan Takoyaki die. Ternyata, Daripada korang makan Sushi kat restorant2 mewah, better beli je kat Jusco ni kerana harga dan kualitinye setanding restorant Sushi yang lain. Aku, sure beli Unagi punye! Pelbagai pilihan Sushi boleh dibuat di sini, semuanye sudah tersedia. Harga die, nak kate berpatutan, tak jugak sebab aku beli Sushi aje dah sampai RM13.80, Iidako RM2.50, kicap dgn wasabi pon beli gak RM1. Konon je nak berjimat, haha.

Antara Sushi yang dijual. Kalo korang tak mau set yang menjimatkan ini, korang bolehlah membazir duit macam aku dengan membuat pilihan Sushi kegemaran sendiri.

Well, semuanye dah beli. Overall, shopping kali ni agak best sebab ending die Sushi! Haha! Korang nak tau tak sebab ape aku suke pg shopping hari biase? First sebab tak ramai orang. Second, aku tak perlu beratur panjang sewaktu nak buat pembayaran. Third, pilihan mudah dibuat sebab orang tak berpusu2 nak beli bende yang same. Forth pulak, kalo korang nak bertanye pade promoter pon, dorang akan layang dengan elok sebab dorang tak tension sbb tak ramai customers. Ok lah, tamat bershopping dari pagi ke malam!

Komik Persatuan Pelajar Penuh Risiko Part1 & Part2, sun-glasses (yang ni aku beli kat uptown), dan DVD Magika.

Flip-flop "Facebook" kini di kakiku! Jangan risau, kat Uptown pon ade jual!

Pasu comel untuk pokok yang kesayangan aku. Sekarang barulah stylo!

Aku juge nak korang memperlihatkan contact lens yang baru aku tempah di http://www.classicgeolens.blogspot.com . Bagi penggemar lens, korang patut check out blog tu sebab naow tgh ade promotion until 29 January 2011. Penghantaran pos ke rumah anda secara percuma untuk item terpilih. Korang jangan risau. Laman web tu bleh dipercayai since kitorang adik beradik dah pernah beli. Kali ni aku beli lagi 2 pasang since aku ni tamak haloba! Check lah mata2 baru yang bakal menjadi milikku!

Super Barbie Pure Green

YH302 Geo Twins Aqua

Ok lah, dah penat. Dah nak subuh dah pon. lepas solat boleh tidur tanpa beban di kepala. Bye-bye.

About these ads

About Mokha Ismail

Nothing to write. Still undiscovered!
This entry was posted in Shop Yourself. Bookmark the permalink.

4 Responses to Shopping at Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang

  1. mr petit says:

    hebatnya blog ko dah di hapdet…hahahaha
    yg penting beli cd ori…

  2. imelda says:

    kaer..aku suke pokok lucky bamboo tu.can i get one??
    btw klu ade komik2 yang xbace leh lah hulur2 kat aku.kah3x

    • Mokha Ismail says:

      okay, lucky bamboo tu aku beli kat cameron la…
      aku rase dah 5 bulan la aku jage…
      tapi aku rase nak chinese new year ni mesti market sell them like hot cake!
      haha, pasal komik tu, tak sempat lagi nak bace..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s